Halaman Anak soleh dan solehah

TERIMA KASIH...

SELAMAT DATANG KE BLOG SYIFA

al-kisah anak yang soleh...

copy dr blog...
KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI@KHINZIR
Posted by mohamed naqib at 6:00 PM
.fullpost{display:inline;}
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

ummi gi kursus

ummi gi kursus
syifa pun kena ikut ummi...

15 Februari, 2011

Salam Maulidur rasul 1432H

dah lama sangat syifa tak up date blog ni...sibuk lepas berpindah balik ke home town..tergerak hati nak post luahan perasaan..hari ni cuti maulid nabi..syifa dgn ummi kat umah sunyi sangat..abi tak ada lagi, sib bek ada makjang...weekend baru ni pun abi tak ada..makin bz ler abi syifa skrang..smoga Allah bersama dgn abi sepanjang perjalanannye ke gua musang menaiki keretapi mlm..mgkin pagi esok abi balik ler kot..

12 April, 2010

Syifa demam..

hari selasa ummi ada bengkel SPPICT kat PKG Gemencheh, lepas habis bengkel ummi terus balik umah pengasuh, ummi dan syifa tinggal kat umah nenek Khatijah dan atuk mamud ..panggil nenek dan atuk untuk Syifa ler, mereka muda lagi. Ummi panggil kak tijah..terkejut jgak ummi bila nenek kata Syifa demam..ummi letak cool fever kat dahi,check suhu 38.8 sah demam....bawa ke klinik desa,sepatutnya memang appoinment Syifa 1 tahun, tapi bila Mowie (misi) check suhu naik 39.5..memang tinggi tu..demam,terus misi tanggalkan baju seluar dia..basahkan towel dan lap keseluruh kepala serta badan syifa..merengek jgak syifa taknak..rasa sejuk kot..makan ubat demam..malam tu ummi sms abi, esok pagi terus abi datang,ummi pun cuti tak gi sekolah..bawa ke Anandan gemencheh,temp 40'c..doktor dato' kata kalu tak turun kena ke spital..malam letak ubat kut bontot,tak turun jgak suhu..tgh malam terus ke k.pilah...masuk wad 2 pada pukul 3 pagi..kena tahan wad 2 hari, ada jangkitan kuman pada tonsil,merah..patutlah Syifa tak selera makan..Kesiannya anak ummi..

22 Februari, 2010

Kata-kata yang baik dari Ibu Bapa yang baik...

So... Abi wa Ummi kena bersedia.. dan Syifa dah mula nak memahami kata-kata.. Ummi tolong ingatkan Abi ye.. :-)

11 Februari, 2010

ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA..

semenjak awal tahun 2010, syifa sering selsema...mungkin akibat dari perubahan cuaca...rumah pun under renovation..habuk simen kapur dan macam-macam lagi punca yg boleh memberi kesan pada pernafasan syifa...bulu-bulu pun syifa alah gak..teddy bear pun syifa tak dpt main..coz ummi tak bagi main..kat rumah ummi pun tak bentang karpet/permaidani...sensitif ler..

20 Januari, 2010

sayang selalu

hari-hari makin syifa mendewasakan diri..ingat sayang

07 November, 2009

syifa gi kursus?

nak tau? syifa ikut ummi gi kursus pemantapan guru ICT N9 kat seri malaysia bagan lalang,sepang...

14 September, 2009